Thursday, February 23, 2012

PESANAN BUAT BAKAL KEKASIH HALAL KAMU

sumber: http://khazinatulasrar.tumblr.com/
"Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri" (Cinta & Kahwin, 2012)
‎“Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…” (Cinta & Kahwin, 2012)
"Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan." (Cinta & Kahwin, 2012)
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..yeaaaa kamu buat saya tersenyum sentiasa..oyeahhh mari kita berdoa sentiasa hehe!!!
Pesanan buat bakal kekasih halalku..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga 'dia' seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti :)

(CP from http://pakarcinta.com/blog/pesanan-buat-bakal-kekasih-halalku/)

sumber: http://khazinatulasrar.tumblr.com/

P/S: ehemmm...since dah start OJT, tiada masa mahu blogging guna idea sendiri, so hanya mampu kongsi something bermanfaat saja, untuk kamu pembaca dan kamu pelawat dan especially for you dear..heeeeee :)

Anda sedang membaca artikel PESANAN BUAT BAKAL KEKASIH HALAL KAMU dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2012/02/pesanan-buat-bakal-kekasih-halal-kamu.html
Semoga artikel PESANAN BUAT BAKAL KEKASIH HALAL KAMU ini dapat memberi manfaat untuk semua.

17 COMMENTS:

Anum said...

sangat berguna
thanks :)

cIk JanNah said...

nice sharing!!
thanks

amy1906 said...

wah,i like n i luv it..hihi....moga cinta c 'dia' terjaga di jalanNYA ya,hehe.....

teha said...

like2 ! :)

AmirFX said...

Terima kaseh dear.. ehekk.. :p

wanie_mn said...

suka!!!!!! <3
enuff said!

Yatie Awang said...

cinta akan bahagia andai kita mempunyai sikap memerlukan antara satu sama lain

Ardini Humaira said...

semuanya telah ditetapkan oleh Allah
^__^

Nur Syazana Mohammed Sani said...

nice entry . terima kasih kerana berkongsi ;)

entry baru --> http://syazanasani.com/lagi-ciplak-menciplak/

fieda said...

so sweet..

[sutera kasih] said...

@AmirFX:
perasan ktk wuuuu haha

Ct R Miena said...

very nice.... thanks...

FL blogh0use said...

share di fb ya ;)

[sutera kasih] said...

@FL blogh0use:
share saja :)

Jue said...

hahaha amir ya ngegeh

[sutera kasih] said...

@Jue:
jue, amir ya nang jak ngegeh haha

.izzati liyana. said...

cik syaza suke bermadah ye skrg. hehe. sy nk komen pon tak reti sgt. err.