Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat : Selamatkan Akidah Umat

Salam my readers :)
Isu Murtad di negara kita semakin membimbangkan. Tanpa kita sedari, rupanya banyak saudara seIslam kita keluar dari agama. Dikatakan ianya kebanyakan berpunca daripada beberapa faktor, salah satu daripadanya disebabkan material. Pernah awak nak ambil tahu isu murtad di negara kita? Sebelum ini pernah juga saya bincangkan dalam entri Isu Murtad dan Hina Agama. Mungkin ada yang beranggapan isu ini terlalu sensitif untuk dikupas, tapi cubalah berfikiran positif demi kemaslahatan bersama.

Berikut merupakan soal jawab Utusan dan pihak HIMPUN, bacaan penuh boleh dirujuk di http://himpun.org/tiada-kompromi-soal-akidah :
Apa yang mendorong kepada kewujudan gagasan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ini?
HIMPUN ditampilkan sebagai suatu kebangkitan umat Islam bahawa persoalan akidah umat dan kedudukan Islam di negara ini tidak boleh dikompromi. Bagi kami kes murtad jangan hanya dilihat pada satu atau dua kes sahaja. Cukup satu kes sudah sepatutnya menyedarkan umat Islam bahawa akidah umat perlu diselamatkan.

Kenapa diistilahkan sejuta? Bukankah jumlah sejuta itu tidak realistik?
Sejuta adalah simbol keprihatinan semua umat Islam yang ada di Malaysia khususnya dan umat Islam seluruh dunia amnya. Jeritan sejuta adalah lambang semarak suara umat yang tidak akan diam bila menyentuh soal akidah dan kedudukan Islam

Apa matlamat HIMPUN?
  • Menyatukan umat Islam dalam satu saf yang sama untuk menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam.
  • Mengangkat keprihatinan, menggugah kesedaran dan menuntut tindakan supaya pihak-pihak yang berkuasa serta pihak yang berniat untuk menggugat akidah umat Islam berhenti daripada meneruskan agenda itu.
  • Memastikan bukan sahaja akidah Islam dipertahankan malah penghayatannya hendaklah disemarakkan agar seluruh aspek kehidupan umat akan tunduk dan diselaraskan dengan prinsip yang terkandung dalam makna akidah tauhid berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.
  • Menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini bahawa umat Islam mahu kedudukan istimewa Islam dihormati.
  • Agar jangan dilihat isu murtad ini isu sampingan dan dilihat dari sudut kebebasan beragama seperti negara lain.

Apakah acara yang akan berlaku dalam HIMPUN?
Menghadirkan pemidato-pemidato khas dari dalam dan luar negara untuk menyatakan keperluan semua umat Islam mengambil sikap waspada terhadap gugatan akidah.

Apakah HIMPUN melibatkan politik?
HIMPUN mengundangkan seluruh umat Islam dari semua kelompok. Ia merentas aliran politik. Ia tidak didalangi oleh kelompok politik tetapi didokong oleh seluruh umat.


Antara Objektif lain Himpunan Sejuta Umat :

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Sumber rujukan:
Website rasmi HIMPUN : http://himpun.org
Facebook rasmi HIMPUN : https://www.facebook.com/pages/HIMPUN/281101321908972

Himpunan Sejuta Umat yang memfokuskan Cegah Murtad dan Selamatkan Akidah Umat akan berlangsung pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Semoga segala usaha tersebut dipermudahkan, berlangsung dengan secara aman dan baik serta diberkati oleh Allah Taala. Komen awak?

Anda sedang membaca artikel Himpunan Sejuta Umat : Selamatkan Akidah Umat dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/10/himpunan-sejuta-umat-selamatkan-akidah.html
Semoga artikel Himpunan Sejuta Umat : Selamatkan Akidah Umat ini dapat memberi manfaat untuk semua.

27 COMMENTS:

Anum said...

good sharing

shida said...

tq 4 da info
xpenah denga pon b4 ni pasal Himpun nih..:)
~~

aimie amalina said...

sokong sgt himpunan ni laju2!

apik pehe said...

wahhh..insyaallah apik akan sampai sana

Jue said...

Aku ada komen tp mls mok tulis takut org slh faham jd keep it to myself jak =)

missSenget said...

join tak?


ape xtvt masa tu eh??

syahirooAhmad said...

terima kasih atas info ini.. :)

Hanie_Dew said...

sabtu ni aku kejeeeeee...
dulu dulu aku pegi perhimpunan turunkan harga minyak kat stadium kelana jaya. best wooooo..hahahaha

jom la nyanyi mi amor. tak payah tunjuk muka puunnnn...ko mo betapok pon bole.hahaha

AmirFX said...

Polah la kat kuching juak.. Tok jauh gilak tempat nak dipergi.. Dengar lam redio jak la... Thanks 4 the inpo...

JIJI YU said...

ko pergi tak

Nurnajwa KZ said...

Kalau la waktu tu mama ade kelas, mmg nk pg ><

Kathy Tuah said...

eh, x tauk kmk pasal himpunan tok b4 tok..apa2 pun tq ktk sbb berik info pasal tok..

Nur Zulaikha said...

satu perjumpaan yg sgt bagus!!!

Niena Pengembara Ilahi said...

semoga perhimpunan ini akan meyatukan umat manusia,, kita terlupa yg selama ini Islam menakluk dunia

Lea Isnawi said...

semalam baru taw ade group murtads semalaysia dan singapore


menakutkan dunia skrg

[sutera kasih] said...

@JIJI YU: tak..jaoh hmm..hope dgn cara berkongsi dpt sebarkan

[sutera kasih] said...

@missSenget:
tak dpt join..jauh :(
aktvt? maybe ceramah..

Syuxer said...

semoga himpunan ini menyedarkan umat islam bahawa murtad sudah diparas kritikal di Malaysia..marilah kita sama2 kembali menyinarkan nur agama kita yang tercinta

Paris Lipton said...

em em harap ramai yg hadir even yg sokong dr jauh pon...sbb rmai jgk nnti buat xtau...kot?

Kancil 8349 said...

dah ramai baru mahu buat tindakan...apapun semoga ia dapat menyatukan umat Islam

eVa said...

thx 4 d sharing.. mun da polah d kuch mok juak join.. hopefully org cnun byk join..

anismelon said...

smoga perhimpunan nie dapat menyatu kn umat islam..:)

Bro ahmad said...

ok sokong...biar kalau boleh dapat manfaat.

iMBobo said...

chua soi lek suruh batalkan.. haha..nyanyok lah apek tu..

TwIstiEs*meSti Mau* said...

hidup islam....peace!!!

pengemis Cinta~ said...

semoga usaha menegakkan syiar islam dipermudahkan. asalkan caranya betul.insyaAllah.

KHAIRUL AMRAN said...

Sangat tak sokong perhimpunan itu. Useless.. Cuma nak menyalahkan kuffar yg menyebarkan agamanya. Sedangkan kesedaran sendiri, undang-undang Islam, cara hidup islam langsung dilupakan. Hiburan yg menyesatkan juga tiada halangan. Kita umat islam patut dipersalahkan. Disebabkan kelalaian kita, ramai saudara kita murtad.