Tuesday, October 18, 2011

BAGAIMANA NAK DODOIKAN AWEK?

Salam my readers :)
Jejaka sesat manalah yang cari cara nak dodoi awek dia tidur ni. Awak ke yang cari? Kalau cara nak dodoi baby, mungkin saya boleh kongsi tips. Nak dodoi budak tidur, senang saja, sumbat puting susu atau susu botol. Kalau cara nak dodoi awek awak tidur tu, saya konfius sikit. Cuba tanya Uncle Gedek yang selalu posing macho depan kamera tu hehe. Tak pun, awak tanya Kancil 8349 sebab mereka berdua dah kawen mesti banyak pengalaman, kan? kan?. Sebagai seorang awek dan gadis, menurut naluri kewanitaan saya yang lembut ni, mungkin akan rasa terdodoi kalau awak :
Tips bagaimana nak dodoikan awek?
  • Mengaji ayat-ayat Al-Quran. Lagi enak dibuai mimpi kalau awak pandai Taranum siap dengan Qiraat. Awak siap terangkan lagi tafsir ayat-ayat Al-Quran yang awak baca tu untuk saya.
  • Bedtime stories. Awak bacakan saya cerita-cerita dongeng yang merepek mengarut tu tentang gadis miskin kawen dengan putera raja. Paling best kalau awak bacakan saya sirah-sirah nabi dan para sahabat.
  • Menyanyi. Saya tahu suara awak merdu walaupun sebenarnya sumbang sikit tapi tak mengapalah, suara sumbang itu lagi melayukan mata. Lagu best yang awak boleh nyanyi untuk saya macam lagu Selamat Malam Sayang oleh Faizal Tahir atau 1234 by Plain White t's.
  • Main alat muzik. Awak petik gitar untuk saya sambil nyanyi lagu Talking to the moon by Bruno Mars. Tak pun, awak main piano lagu Bella's Lullaby. Paling romantik, awak gesel biola ke, sweet tak?
  • Paling comel pun, awak dodoikan saya dengan lagu Rock-a-Bye Baby :
Rock-a-bye baby, in the treetop
When the wind blows, the cradle will rock
When the bough breaks, the cradle will fall
And down will come baby, cradle and all
comel kan? LOL

Kalau awak layan tips mengarut Doktor Love cap taugeh saya ni, buat awak konfius saja hehe. Okey bye.

Sumber gambar: Google Image
Anak siapalah ni kan? Comel sangat. Awak, macam ni la saya tidur, comel kan? kan? Sengal. (Entri ini lebih memfokuskan kepada yang sudah ada kekasih halal)

Anda sedang membaca artikel BAGAIMANA NAK DODOIKAN AWEK? dan link url bagi artikel ini adalah http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/10/bagaimana-nak-dodoikan-awek.html
Semoga artikel BAGAIMANA NAK DODOIKAN AWEK? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

22 COMMENTS:

J.Syazwana said...

tunggu kawen lah nak suruh suami dodoikan. hehehe :P

shiema sufian said...

shiema dinyanyikn setiap malam :)

* FAR * said...

bertuah badan..

zahidahwahid said...

nice tips...seronoknya kalau ada orang dodoikan...hehehehe

*singgah dari sarawak blogger... ^_^

AmirFX said...

Doktor taugeh.. KMk ada masalah ngn suara cicak dalam bilit kmk... Sidaknya suka jak bisin time kmk nak to.. Ada solution sik?! haha...

aReLaN said...

alahai,kiutnya awek sorg ni nk tdo kena berdodoi dlu.hahahaha

faridah nazurah said...

haha tak gune betul dorang ni cari benda yg pelik2. tapi bagus jugak. boleh bagi idea nak update kan doktor taugeh?

zareliqa afiqa said...

siapalah yang cari tu yer.hehe :)

Anum said...

best yang mainkan muzik

faridah nazurah said...

update? entah la.. mcm takde mood je. bnyk sgt la masalah. kang kalau g luahkan kat blog, semua lak ckp sy ganas.. hahaha :P

aimie amalina said...

akak
pelisssssss
dodoikan mimi
hahahhaahaha =p

Jue said...

Zmn nek tok ramei dodoi aweks by koling2 hihi

syahirooAhmad said...

hahaha.. sgt bagus! boleh share ni.. skg ni trend dodoikan aweks dah makin menjadi2.. lebih2 lagi telefon dah boleh dibawa ke dlm bilik. siap boleh guling2 atas katil..

Hanie_Dew said...

aku rasa terdodoi bila my lover:
1. ngaji dgn suara mendayu dayu
2. nyanyi lagu bruno mars all she knows
3. men violin lagu dbsk forever love

AkuTracy said...

nanti buat entry dodoikan pakwe lak...:D

JIJI YU said...

aku nak baca quran je..tak pon tafisr..tak pon citer sirah..

Ezad Skytech said...

hee...tips yang bagus ni..cap taugeh pun layankan je la...hee~

Lea Isnawi said...

dodoikan lea jugak. plisss

Bro ahmad said...

dodoi guna buaian..dodoi laju2 sampai syiling rumah XD

My Name is Mar said...

Hohoho!
Hasil carian orang tak sabar nak kawen tuh..
Hahaha:D

Abg Stalker said...

nk dodoikn pkwe cmne? :P pls la doktor taugeh bgth sy.

ciK LyndaWawa said...

wah..kmk mok laki camya juak eh...=]