Jiran OverSea: PARIS HILTON LIPTON

Friday, February 03, 2012

HAFALAN SOLAT DELISA & MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS

Salam Jumaat semuanya :)
Urmmm, semalam punya semalam dah tengok bioskop Hafalan Solat Delisa dengan kamu. Orang tengok dengan khusyuknya menghayati setiap bait ayat skrip, menghayati jalan cerita, kamu pulak layu-layu mata mengantuk haha. Apakah? Honestly, movie ni memang terbaik, tolak ketepilah if storyline buat kamu rasa sleepy or ada scene yang kurang logik hehe. Banyak mesej & pengajaran yang saya dapat dari movie tu. Well, biasalah hati perempuan kan kalau tengok movie yang menyentuh perasaan ni, memang tetiba rasa nak crying hehe. Hati tisu. Okey, pengajarannya :

  • Delisa sangat khusyuk solat time ujian amali solat, hingga tak pedulikan tsunami datang.
  • Haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu especially dalam perkara kebaikan.
  • Jangan cemburukan sesuatu yang bukan milik kita.
  • Kasih seorang ibu & ketabahan seorang ayah.
  • Jangan mengharapkan balasan kalau buat sesuatu.

Ehemm, tengah aim something ni. Buku Hafalan Solat Delisa and Men are from Mars & Women are from Venus. Tapi rasanya, terpaksalah ditunda niat tu sebab kena save budget untuk training, start next week dah wuwuwuwu. Oh no money in my pocket.


Sinopsis Hafalan Solat Delisa by Habiburrahman El Shirazy
Kisah isnpirasi selepas tsunami di Acheh. Sebuah kisah kehidupan yang diceritakan daripada pandangan seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun. Delisa anak erempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya. Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu, apakah Delisa mampu tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?

Ulasan buku oleh Ipai ttg buku Men Are From Mars & Women Are from Venus by John Gray

Thursday, February 02, 2012

I LOVE KK: HAPPY BIRTHDAY KK CITY

2nd February 2012.
HAPPY 12th ANNIVERSARY KKCity !!

TAHUKAH ANDA?

KOTA KINABALU telah mencapai taraf BANDAR RAYA pada 2 Febuari 2000 (masa tu form 1, baby2 baru nak belajar hidup asrama haha). Siapa kata kami warga Sabah masih tinggal atas pokok? Sah lah kamu tidak mengikuti perkembangan semasa, shame on you lah. Siapa kata gadis Sabah hodoh? Memang awak tak pandai menilai kecantikan orang. Hey you, kecantikan dipandang dari pelbagai sudut, kecantikan itu subjektif. Astaghfirullah, janganlah bangga dengan apa yang kamu punya kalau ya pun, janganlah mengutuk2 yeaaa comel-comel belaka, humble-humble sudahlah. Ehhh kenapa jugak ayatku ni mengencang hehe. Rilekssss. Saja jak tu teaser intro :P

PROUD TO BE SABAHAN. I LOVE KK CITY. WHY?

Sebab ada Gunung Kinabalu. Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melihat keajaiban dan kuasa Allah swt yg Maha Agung. Cuma, belum berpeluang nak daki lagi hehe.
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu… listen more at http://youtu.be/obqb1zRbJlw (^__^)
Sebab ada Universiti Malaysia Sabah. UMS ku sayang, proud to be UMS student. Kalau tak silap, antara universiti yang tercantik, kan? Memang cantik pun hehe. Semua universiti di M'sia pun cantik2 bah :)

Ada shopping mall dan tempat shopping yang sangat banyak, banyak pilihan, harga berpatutan, macam-macam ada. No wonder lah KK selalu penuh sesak. Paling disuka, Centre Point yaaa. CP dulu, kini dan selamanya ahaksss. Walaupun banyak shopping mall, tetap jugak CP yang disinggah, hairannnnnn (^__^).

Walaupun awak bongga kalau dapat shopping di tempat lain, tapi saya tetap bangga jugakk shopping di KK saja. Centre Point, Suria Sabah, KK Plaza, Wisma Merdeka, Warisan Square, 1 Borneo, Api-api centre, Jln Sinsuran, Jln Segama, Pasar Filipin, Pasar Malam, Gaya Street dan lain-lain. Fuhhh banyak sungguh. Siapa yang dah sampai KK, confirm nak datang lagi, kan?

Ada GRACE POINT FoodCourt Sembulan, Pulau-pulau (Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik), Jesselton Point, Tugu Peringatan Double Six, Taman Perdana di Tanjung Aru. Best kan?

Ada Tanjung Aru Beach. Tempat makan-makan yang paling superbebbbb. Tempat lepak-lepak. Tengok matahari terbenam, aisehhhhh. Fiffy, pinjam gambarmu hehe.

Oyeahhh ada Anjung Selera di Teluk Likas. With member Gemies Teda Ubat hehe. Malam-malam ada candle night di sini, romantik seyhhhhh. Okey nanti sambung lagi cerita pasal Sabah yaaa sebab belum lagi tu cerita pasal di Kundasang, Ranau, Tuaran, Papar, Semporna, Tawau dan lain2 Syukur alhamdulillah atas kurniaan Illahi Thank you atas kurniaan peace & 1 Malaysia..heee patriotik sikit arini. I LOVE KKCity!

Last but not least, layan lagu Macam di KK (^__^)
Sia bilang mcm di kk
Ada di kk
semuanya macam di kk aramai
semuanya ada di sini listen more at http://youtu.be/kcLlV2IR5qE !!

*sumber gambar: Google & Koleksi Peribadi.

RINDU SAYA?? GODEKLAH CURHAT DI BAWAH